Together As One-Professional Hobbies-Together As One

PROFESIONALISME BERMULA DI SINI

My photo
Malaysia
Team ini ditubuhkan oleh gabungan beberapa mahasiswa UKM bersama beberapa mahasiswa IPT lain yang mempunyai minat dan hobi memancing yang kritikal. Pelbagai aktiviti & program memancing telah berjaya dilaksanakan. Visi & Misi Team Joran UKM ialah akan terus merancang pelbagai program memancing & aktiviti-aktiviti lain seperti camping, traveling, jungle trekking & off road ke seluruh pelosok negeri mahupun dunia walaupun tidak lagi bergelar mahasiswa...InsyaAllah!!! ~... The creation of T.J.U.K.M serves as a powerful symbol of unity in a UKM & others IPT still struggling - alumni UKM ...~

Followers

Wednesday, June 17, 2009

All for One, One For All - Team Joran UKM


Memandangkankan banyak gambar ikan dan trip memancing y latest tak dapat aku letakkan sbb ada dalam henset sepupu aku..so aku letaklah gambar trip TEAM JORAN UKM pegi memancing kat Tanjung Harapan dulu...hehehe..imbas kembali kenangan pertama Team Joran ini ditubuhkan..Teringat saat2 waktu masih belajar di UKM...jgn lupa 24 hb ni tgk wyg Transformers sama2..hehehe

Monday, June 15, 2009

Berhenti Di Akhir Kau Tersenyum - off topic


Hari ni tepat jam 12 malam 16 June 2009, genaplah umur aku 24 tahun... Aku pohon maaf kpd sesetengah kawan dan kepada adik2 aku sendiri kerana tak membalas ucapan besday y diorang hantar melalui sms...masih ramai lg kawan2 yang ingat besday aku termasuklah dgn kawan2 sejak dr bangku sekolah lagi...

Dalam lubuk hati aku ni sebenarnya sangat sedih bila 16 Jun semakin dekat.Setiap tahun pun macam tu....Bila terdengar bulan "Jun" pun aku cuba fikir jauh2...

Tarikh ni sebenarnya mengingatkan aku pada Arwah Kekasih aku...Allahyarhamah Noramira Bte Zainudin...Buat pengetahuan semua, 16 jun 1985 merupakan tarikh aku dilahirkan bersamaan 27 Ramadhan 1406 H dan tarikh Arwah meninggal pada Bulan Islam juga jatuh pada 27 Ramadhan 1427 H bersamaan 20 Oktober 2006 iaitu pada pagi Jumaat...Arwah menghidap penyakit Leukimia dan menderita selama setahun lebih sebelum pergi untuk selama-lamanya semasa menjalani rawatan kemoterapi. (al-Fatihah)

kalau difikirkan angka 27 ni pun ada byk kaitannya...contohnya 27 Disember 2002 ni kami start couple dulu. Dulu aku slalu lupa tarikh ni tp sejak Arwah pegi membuatkan aku lebih Peka dalam soal2 tarikh ni..huhuhu

Mungkin sesetengah orang berpendapat ini mungkin NASIB atau terjadi secara tak sengaja tapi ada sesetengah tarikh sgt memberi kesan yang mendalam dalam hidup aku terutamanya antara aku dan Arwah...Mungkin ini penyebabnya sehingga sekarang, sangat sukar untuk aku melupakan Arwah walaupun aku sudahpun Redha dgn pemergiannya.

Arwah dilahirkan pada 17 Januari 1987 dan pada 17 Januari 1993 ialah tarikh lahir adik perempuan aku.

Arwah meninggal dunia pada 20 Oktober 2006 dan 20 Oktober 1989 ialah tarikh lahir adik perempuan aku...

Setiap kali bila tiba tarikh2 ni hati aku sebenarnya dalam dilema....Hanya Allah SWT shj yg tahu macamana gambaran perasan aku.

Setiap tahun bila hampir tiba jer tarikh 16 Jun, aku pasti lebih berhati2...dan aku turut membuat solat sunat pohon dijauhkan drpd bencana yang sukar untuk aku hadapi seperti kehilangan orang tersayang.


Dan seperti tahun2 lepas aku masih terkena tempiasnya. pagi tadi motor aku yg terkenal dgn sifat tak pernah menyusahkan tuannya buat hal di saat hari pertama aku nak laporkan diri bekerja kat Jabatan Perdana Menteri. Nasib baik ada motor kawan yang tinggal kunci dalam bilik. Nak dijadikan cerita kat JPM tu zip seluar aku rosak dan tertanggal habis. Aku pun taktau padahal aku tarik macam biasa jer...huhuhu..nasib baik jgk lah ada pakcik tu bg jarum pin kat aku...terpaksa aku balik ke UKM tukar seluar...Sebenarnya ada lg tiga perkara malang terjadi kat aku arini tp segan lak aku nak cerita kat sini.

Walaubagaimanapun semua dugaan tu aku hadapi dengan bersahaja kerana aku tetap yakin sesiapa yang bersabar pasti akan ditambahkan Nikmat oleh Allah SWT...mungkin aku sudah terbiasa..Setiap kali musibah menimpa, aku pasti teringat kata2 Arwah.."Mesti Ada Hikmah Disebaliknya"... Dan beberapa kawanku pelik dan hairan dgn sikapku yg bersahaja ketika dompet, henset dan seluarku dicuri semasa trip di Port Dickson baru2 ni..sememangnya aku boleh terima kehilangan tp cuma satu jer brg aku paling syg dalam wallet tu...Gambar pemberian Arwah turut dikebas pencuri tu..tp aku tetap merasakan ada Hikmah juga yg mungkin belum aku nampak lg pada masa sekarang.

Pada mulanya setelah pemergian Arwah, aku kehilangan punca, kehilangan impian dan kehilangan segala2nya. Dan jika diceritakan konflik yg berlaku dalam diri ini mmg boleh menitiskan air mata aku.Sebenarnya sgt byk peristiwa yang terjadi dalam waktu tu hingga kalau difikirkan mmg tak masuk akal tp biarlah aku simpan..Selama 2 tahun aku hidup dalam terkapai2 dan takde hala tuju namun dgn Hidayah Allah SWT kini aku semakin bersemangat. Mungkin itu hikmah yang selama 2 tahun aku mencari2.Setiap masalah yang datang aku tak menggelabah..bagi aku..jika kehilangan Arwah aku boleh hadapi, masalah yg kecil ni senang jer aku uruskan..itulah penguat semangat aku.
Walaubagaimanapun, tanggal 16 Jun mmg banyak mengingatkan kenangan aku bersama Arwah waktu dulu...sbb itulah aku lebih bersikap tidak ambil tahu bila tiba tarikh ni...aku ucapkan berbanyak terima kasih pada org yang ingat tarikh ni..

Semoga Allah SWT meletakkan Arwah dan mereka yg pergi sebelum kita dikalangan golongan org2 yg Beriman...Amiin!!!

_posted by zed neutron_