Together As One-Professional Hobbies-Together As One

PROFESIONALISME BERMULA DI SINI

My photo
Malaysia
Team ini ditubuhkan oleh gabungan beberapa mahasiswa UKM bersama beberapa mahasiswa IPT lain yang mempunyai minat dan hobi memancing yang kritikal. Pelbagai aktiviti & program memancing telah berjaya dilaksanakan. Visi & Misi Team Joran UKM ialah akan terus merancang pelbagai program memancing & aktiviti-aktiviti lain seperti camping, traveling, jungle trekking & off road ke seluruh pelosok negeri mahupun dunia walaupun tidak lagi bergelar mahasiswa...InsyaAllah!!! ~... The creation of T.J.U.K.M serves as a powerful symbol of unity in a UKM & others IPT still struggling - alumni UKM ...~

Followers

Sunday, September 27, 2009

Saturday, September 26, 2009

Beraya Kat Laut - Perairan Tok Bali & Pulau Perhentian

belum pun sempat zed uploadkan gambar zed pergi memnacing kat laut pada bulan Ramadhan, zed uploadkan dulu gambar2 semasa pergi memnacing pada Hari Raya ke-4. Untuk trip kali ni zed pergi bersama adik, bapa saudara, sepupu n dua pupu zed...semuanya kaki pancing tegar..hehehe


inilah antara ikan2 yang kami dapat...hasil kurang lumayan kerana kami hanya dapat memancing pada sebelah petang je disebabkan ribut barat menyebabkan bot kami terumbang ambing kat tgh laut tuh...memang sangat mencabar malam tuh dan niat kami untuk memancing sepanjang malam tergendala dan ditambah lagi kepeningan yang amat sangat...hehehe


pak sedara zed (Along) sedang memasang sonar bagi mengesan lubuk2 ikan-ikan yang ada di sekitar...alat sonar ni juga mampu mengesan kedalaman air laut serta saiz ikan..selain itu kami juga dibantu GPS bagi mengesan lokasi2 yang telah ditanda sebagai tempat ikan berkumpul seperti kelong atau tukun.

naim dan Kuan (kawan adik aku).

lias...menggunakan mata kail apollo...

zed bersama ikan todak...

mr chik dengan ikan cermin kesayangan beliau..hahaha

zed ngan ikan jenahak / snapper.

bersama haruan tasik

Jini dgn haruan tasik beliau.

Along dengan haruan tasiknya.

Along dengan ikan yu semilang / baby shark..aku panggil ikan yu bodoh je..hahaha

zed ngan lias bersama kerapu samyvellu kesayangan kami..hehehe...beh gak pakai kain pelekat kat ngah laut...hahahaha

Lias ngan Kuan sedang menunggu ikan makan sambil bertasbih dan berzikir dalam hati...hehehe



ni lah antara gaya2 tido kaki pancing...letih woo.....hehehe..trip kali ni memang sgt mencabar...bila balik ke darat pun masih lagi pening...kena pulak mabuk darat...huhuhu...sebenarnya zed tersilap kira hari...sepatutnya kami bertolak pulang tengahari esoknya tp terpaksa bertolak pulang pukul 5 am disebabkan Zed Keja...hahahaha...macamana la aku buleh lupa aku kerja raya ke-5...huhuhu...dan aku pun pegilah keje pagi tu dalam keadaan mabuk darat...hehehehe

gambar ni zed uploadkan bagi mengingatkan semangat sepupu zed , Mr Chik yg begitu membara...hahahaha...ok Chik...lain kali kawe bawak demo lagi...hahahaha

Wednesday, September 9, 2009

Tragedi Belut Berdarah

Macam yang zed janji sebelum ni, Zed telah uploadkan gambar step2 nak menguruskan Belut.heeee

Antara belut-belut yang akan menjadi mangsa.hehehe

kasi potong dia punya kapala...hehehe...Bismillah.

Pastu lapah n buang perut lah...



darah belut ni banyak...patutlah org yang pelihara lintah gunakan belut sebagai makanan utk lintah diorang.

pastu tibalah masa mengelar belut-belut ni...

haaa...cantik kan??hehehe

pastu potong la pendek2...


maaf sbb zed tak amik gambar belut yang telah siap...Zed suka makan belut yang telah digoreng...kalu dibuat sup pun sgt sedap...hehehe

_Posted By Zed Neutron_

Gonde & Ikan Sungai

kali ni zed uploadkan gambar zed menyiang ikan2 n cara2 nak menguruskan "Gonde" sejenis siput besar..Gonde dalam cerita orang tua2 sebenarnya berasal setelah seorang puteri yang disumpah oleh keluarganya sebab berkahwin dengan org kebanyakan..dan disebabkan inilah ada yang dilarang makan Gonde..Ini zed takleh nak katalah samaada betul atau dongeng semata-mata..hehehe...tapi zed yakin ramai yang tak pernah makan sbb tak tau macamana cara nak menguruskannya..malah ada kawan2 zed yang tak pernah tgk..hehehe..Khasiat Gonde ialah ubat penyakit lutut(Gaut) dan ianya lebih berkesan jika dilayur di atas api dan diletakkan semula bersama cengkerangnya...


ini lah dia Gonde...macam siput sedut tapi lebih besar..ada yang lebih besar daripada genggaman tangan..

ni pulak ikan Baung...sedap dibuat asam pedas..hehhee

macam2 jenis ikan sungai hasil memukat..

banyak lagi yang nak kne buang perut.ni baru sekor..huhuhu..

mula2 kne keluarkan isi kat dalam cengkerang dlu..kalu siput sedut hanya perlu potong bhgan belakang je..

ni lah isi Gonde kat bahagian dalam cengkerang..

lepas tu kne buang tahi Gonde..Tahi dia ni membuatkan tangan berasa sedikit kebas..mgkin sbb batang keladi y Gonde makan..hehhe..tp yang tersangat penting, kne buang periuk beracun..bahagian ni kalu tak buang boleh membahayakan kesihatan.hehehe.Kalau ditumbuk n diberi makan pd itik, kompom mati la itik tu..hehhe

pastu potong la kecik2...

Gonde yang telah siap dibuat Sup..sangat sedap..hehehe

yg ni pulak Gonde yang telah siap digoreng...yang ni lagi sedap..hahaha

_Posted By Zed Neutron_

Mandi di Hutan Lipur Bukit Bakar

Gambar ni diambil sebelum masuk bulan Ramadhan lagi..Dalam seminggu zed akan bawa adik2 Zed g mandi kat jeram2 yang ada kat Machang ni banyak kali gak la..memang hobi zed berenang dan sambil-sambil tu bolehlah ajar adik2 berenang..pasni kalau nak lepas g mana2 taklah berat hati sgt.

Spupu zed, Mr Chik pom ikut serta.

Bulan Puasa ni takleh la nak mandi mcm ni lg..hehehe..berenang pom kne puasa jgk sebulan..hahaha

_Posted by zed neutron_

Monday, September 7, 2009

To The End Of The Ocean, Do You Want A Ride ?


Gambar ni Zed uploadkan utk mengenangkan kembali Team Joran UKM masa Zed Belajar kat UKM dulu..sebenarnya ada beberapa aktiviti pada bulan September ni Zed belum uploadkan lagi. Antaranya gambar Zed menyiang Belut, Zed menguruskan Gonde (Siput Besar) dan Karen Ikan (Renjatan Elektrik menggunakan bateri motosikal membuatkan ikan pening2 dalam masa beberapa saat saja). Kalau guna yg enjin generator tuh boleh menyebabkan ikan pupus sbb kuasanya lebih tinggi.

Ada gak aktiviti yang telah dirancang pada bulan September seperti pergi ke laut pada hujung minggu ini. Ni kali pertama Zed ke laut pada bulan puasa..Semestinya satu ekspedisi yg agak mencabar sbb matahari mmg duk atas kepala..ditambah lagi ngan alunan ombak yang tak menentu..hehehe...Selepas tu dekat 2 hari nak raya ni skali lagi kami akan ke laut untuk menangkap udang dan ketam di kuala Besut..dan agenda yg terakhir dalam perancangan setakat ini kami akan bermalam di laut pada Hari Raya ke-4. Target kami dalam trip kali ni ialah ikan2 yg lebih berkualiti berbanding hari2 lain...Wallahua'lam Bi al-Shawab

_Posted by Zed Neutron_

Sunday, August 23, 2009

T.J.U.K.M Memburu Haruan

zed bergambar sakan ngan ikan haruan...hehehehe

banyak kilo gak la ikan-ikan haruan ni ni...

tak puas hati zed pun bergambar la lagi...hahhahaa


_posted by zed neutron_