Together As One-Professional Hobbies-Together As One

PROFESIONALISME BERMULA DI SINI

My photo
Malaysia
Team ini ditubuhkan oleh gabungan beberapa mahasiswa UKM bersama beberapa mahasiswa IPT lain yang mempunyai minat dan hobi memancing yang kritikal. Pelbagai aktiviti & program memancing telah berjaya dilaksanakan. Visi & Misi Team Joran UKM ialah akan terus merancang pelbagai program memancing & aktiviti-aktiviti lain seperti camping, traveling, jungle trekking & off road ke seluruh pelosok negeri mahupun dunia walaupun tidak lagi bergelar mahasiswa...InsyaAllah!!! ~... The creation of T.J.U.K.M serves as a powerful symbol of unity in a UKM & others IPT still struggling - alumni UKM ...~

Followers

Sunday, May 31, 2009

Le Tour De Machang - Menjala & Memancing

Belum pun sempat lg aku upload gambar Team Joran UKM memancing kat Pulau Ketam untuk kali yg ketiga.. dah byk tempat aku g memancing kat Machang ni...Le Tour De Machang ni aku letakkan gambar2 semasa aku memancing ikan dan menjala ikan kat Machang...byk gambar y tak dapat diambil memandangkan henset kamera aku hilang..begitu jg ngn kamera aku y baterinya hilang gak..hehehehe... so, terima kasih tak terhingga kepada adik aku n sepupu2 aku y mengambil gambar ngan henset mereka....heeee

ikan Tongsang ni memang besar...agaknye bape Kilogram ek??

ni pulak ikan keli..besar la gak tp taklah sebesar yang aku dapat sebelum ni dalam "Memancing di Kala Exam"...

AyaaaaarrkkkKKKK!!!gelap pulak gambar ne..hehehe..ini pulak ikan Roo Hu...ikan ni mmg besar...sblum ni aku penah dapat ikan ni sms memancing kat kawasan berhampiran UKM ngan Zam, Hanif dan Shahrul tp kecik2 jer..



gambar2 kat atas ni pulak gambar anak ikan Seluan hasil aku g menjala...Bila rasa nak makan ikan sungai aku n abah aku g lah menjala kat Kg. Arwah Atuk aku...

Sebenarnya susah gak lah nak dapat ikan pada zaman sekarang ni..tak macam aku kecik2 dulu...zaman kanak2 dulu kalau follow anak sungai dari hulu sampai ke hilir pun boleh dapat byk ikan...begitu jgk dengan ikan kat sawah padi...boleh dapat satu guni ikan kalau ikut kereta pembajak dari belakang sambil pegang besi utk pukul ikan..malam2 pulak guna pelita menyuluh dan menyerkap ikan kat sawah padi atau tepi2 terusan...kalau musim banjir..sibuk memukat ikan..begitulah pengalaman aku mencari ikan sejak dari kecik lagi..macam abah aku gak..hehehehe

Kalau berpeluang nanti aku uploadkan gambar2 aku mencari n memproses Siput Sedut dan Gondang (macam Siput gak tp bersaiz besar..lebih kurang sebesar genggaman tangan).

_Posted By Zed Neutron_

Friday, May 15, 2009

Around The East in 3 Days - Terengganu & Pahang


Hajat untuk ke rumah Tuan akhirnya tercapai...Pada 08.05.09 ahli2 Team joran UKM bertolak ke rumah Tuan yang terletak di Kemaman, Terengganu.. Kali ini ahli Team y pergi sama dgn ahli y pergi trip ke Penang iaitu aku, Lan, Am, Pais & Tuan sendiri. Pada mulanya kami bercadang ingin mencandat sotong tp takde pengalaman...dapat 3 ekor jer...hahahha...rasanya kami tak jumpa kandang sotong y betul...

Mamandangkan hujan lebat beserta ribut di Pantai Timur akhir2 ni, kami terpaksa membatalkan niat utk memancing sehingga malam. Dan tak lupa jg Terima Kasih aku ucapkan kpd kawan2 y bimbang akn keselamatan kami kerana pada hari kami pergi tu ada org dipanah petir semasa mencandat sotong...

dan Terima Kasih juga kpd Tuan satu family...Sgt bez g dumoh mu..hehehe...makanang sedak2...ikang segar2..hahahha


Gaya Seorang Dewa Pancing....ngeh ngeh ngeh



Pengalaman pertama buat sesetengah ahli Team Joran UKM memancing kat Laut sebelah Pantai Timur...ada y tak larat n muntah..hehehe..saper y muntah?? Secret la..DON'T TELL MAMA!!hahahha. Maklumlah kali pertama memancing atas bot kat Laut China Selatan...Ombak mestilah besar2..tambah lg Matahari kat atas kepala...ada y makan ubat tahan muntah sampai 2 bijik..heeeee




Tolong Pakcik Nelayan Tolak Bot Ke Pantai.....



Kat sini Pantainya ada Kuala y sgt tersangat cantik...Ada byk batu y cantik2 dan sgt besar...Pantai kat sini memanglah dalam dan curam tak seperti Pantai di sebelah Barat y landai.




On da Way nak g ke Pahang kami singgah di Pantai Cherating...tak sanggup nak mandi sbb ms tu panas sgt...heeee...


Sampai jer di Raub, Am bawa kami ke Lata Lembik...Bez sgt la mandi panas2 ni...Pastu kami bermalam di rumah Am sebelum berangkat pulang ke UKM keesokan harinya...

Terima Kasih gak buat Am satu Family...Sgt bes!!hehehe

_Posted by ZED NEUTRON_