Together As One-Professional Hobbies-Together As One

PROFESIONALISME BERMULA DI SINI

My photo
Malaysia
Team ini ditubuhkan oleh gabungan beberapa mahasiswa UKM bersama beberapa mahasiswa IPT lain yang mempunyai minat dan hobi memancing yang kritikal. Pelbagai aktiviti & program memancing telah berjaya dilaksanakan. Visi & Misi Team Joran UKM ialah akan terus merancang pelbagai program memancing & aktiviti-aktiviti lain seperti camping, traveling, jungle trekking & off road ke seluruh pelosok negeri mahupun dunia walaupun tidak lagi bergelar mahasiswa...InsyaAllah!!! ~... The creation of T.J.U.K.M serves as a powerful symbol of unity in a UKM & others IPT still struggling - alumni UKM ...~

Followers

Sunday, May 31, 2009

Le Tour De Machang - Menjala & Memancing

Belum pun sempat lg aku upload gambar Team Joran UKM memancing kat Pulau Ketam untuk kali yg ketiga.. dah byk tempat aku g memancing kat Machang ni...Le Tour De Machang ni aku letakkan gambar2 semasa aku memancing ikan dan menjala ikan kat Machang...byk gambar y tak dapat diambil memandangkan henset kamera aku hilang..begitu jg ngn kamera aku y baterinya hilang gak..hehehehe... so, terima kasih tak terhingga kepada adik aku n sepupu2 aku y mengambil gambar ngan henset mereka....heeee

ikan Tongsang ni memang besar...agaknye bape Kilogram ek??

ni pulak ikan keli..besar la gak tp taklah sebesar yang aku dapat sebelum ni dalam "Memancing di Kala Exam"...

AyaaaaarrkkkKKKK!!!gelap pulak gambar ne..hehehe..ini pulak ikan Roo Hu...ikan ni mmg besar...sblum ni aku penah dapat ikan ni sms memancing kat kawasan berhampiran UKM ngan Zam, Hanif dan Shahrul tp kecik2 jer..



gambar2 kat atas ni pulak gambar anak ikan Seluan hasil aku g menjala...Bila rasa nak makan ikan sungai aku n abah aku g lah menjala kat Kg. Arwah Atuk aku...

Sebenarnya susah gak lah nak dapat ikan pada zaman sekarang ni..tak macam aku kecik2 dulu...zaman kanak2 dulu kalau follow anak sungai dari hulu sampai ke hilir pun boleh dapat byk ikan...begitu jgk dengan ikan kat sawah padi...boleh dapat satu guni ikan kalau ikut kereta pembajak dari belakang sambil pegang besi utk pukul ikan..malam2 pulak guna pelita menyuluh dan menyerkap ikan kat sawah padi atau tepi2 terusan...kalau musim banjir..sibuk memukat ikan..begitulah pengalaman aku mencari ikan sejak dari kecik lagi..macam abah aku gak..hehehehe

Kalau berpeluang nanti aku uploadkan gambar2 aku mencari n memproses Siput Sedut dan Gondang (macam Siput gak tp bersaiz besar..lebih kurang sebesar genggaman tangan).

_Posted By Zed Neutron_

2 comments:

  1. Sedapnya ikan yg di goreng tu...pasti rasanya fresh!

    Lapar la pulak...meh la hantar skit kt sy!

    Pos bole? hahahhaha :P

    ReplyDelete
  2. kalu ikan sungai goreng ngan garam kunyit pon sedap..hehhehe...

    ReplyDelete