Together As One-Professional Hobbies-Together As One

PROFESIONALISME BERMULA DI SINI

My photo
Malaysia
Team ini ditubuhkan oleh gabungan beberapa mahasiswa UKM bersama beberapa mahasiswa IPT lain yang mempunyai minat dan hobi memancing yang kritikal. Pelbagai aktiviti & program memancing telah berjaya dilaksanakan. Visi & Misi Team Joran UKM ialah akan terus merancang pelbagai program memancing & aktiviti-aktiviti lain seperti camping, traveling, jungle trekking & off road ke seluruh pelosok negeri mahupun dunia walaupun tidak lagi bergelar mahasiswa...InsyaAllah!!! ~... The creation of T.J.U.K.M serves as a powerful symbol of unity in a UKM & others IPT still struggling - alumni UKM ...~

Followers

Tuesday, April 28, 2009

Memancing Di Kala Exam

Kali ni Team joran UKM sekali lagi memberontak dgn kehadiran ahli baru, Hamzah Fansuri atau nama glemernya Am... nak dijadikan cerita Am mengajak aku pegi memancing dan aku apalagi pantang bila diajak,beres jer...kami ditemani azhar (jaha) dan Nurul (bukan nama sebenar..hehheehe..nama sebenarnya nurul hadi..)yang juga merupakan ahli baru. Tepat jam 12 malam, setelah selesai bermain P.S kat bilik aku, sekali lg kami meredah malam pegi ke tasik kejuteraan UKM...lama gak duk nunggu tp dapat sekor je ikan talapia...dan hampir pukul 3.30 AM pancing aku tiba2 disentap ngan kuat...kali ni aku sgt yakin sbb ikan keli tu telah membuat kesilapan paling besar dalam hidupnya iaitu salah pilih rod kesayangan aku yang ini.hahaha..pasti takkan putus sbb talinya diperbuat drpd benang...ikan duyung makan pun takkan putus punyer..hahhaha..kali ini perlawanan aku dgn ikan ni tak begitu mencabar jika nak dibandingkan dengan patin dan ikan haruan ataupun toman yang terbukti kekuatannya...



tibalah masa menyiang ikan ngan pisau kontot dan dibantu oleh mozek buat ketuk ikan..hehehe





Chef Am sedang memasak...



dibantu oleh co-chef iaitu aku sendiri...(sakit tul muka aku kne percikan minyak kat muka..huhuhu.. berparut muka aku..hehehee)



mak aku pesan kalu nak kasi hilang hanyir mesti rendam ikan guna air beras...kalau guna asam limau tak jadi...tp mana la jejaka2 bujang mcm kami ada simpan beras..hahahha...so, untuk menghilangkan bau hanyir, kami pun buat la resepi kami sendiri iaitu memerapkan ikan tadi dalam "air sprite" dan "air teh"...hahahha





nak siap dah..kasik garing sket...baru sedapp...sungguh tak disangka, resepi kami berjaya menghilangkan bau hanyir malah berbau wangi pulak...pasni try tabur ngan tembakau rokok lak..hahahaha



aku, am, jaha, hadi dan tetamu khas ahli Team Joran UKM y tak ikut g mancing, am jugak namanya (aku ada 4 org kawan nama "Am" kat UKM ni..hehehhe)bersedia untuk santap...PERGHH!!! sangat sedap...tak sangka pandai gak aku masak...pasni leh la try wat ikan masak 3 rasa..heheheehe

Thursday, April 2, 2009

Journey To The Center of The Ocean - Bagan Lalang


hehehe...segan lak aku nak tulis post baru ni...hahaha..kali ni ikan yang kami dapat pun takde yang besar sgat..yang paling besar kami dapat saiznya sebesar 2 tapak tangan...mcm aku kata sblum ni la..nasib tak menyebelahi, tak ikut tarikh y sesuai n tambah satu lagi sbb iaitu hujan lebat di bandar berhampiran menyebabkan air masin bercampur ngan air tawar...ni otai kelong y bagitau ni..hehhee...seramai 10 orang Team Joran UKM yang menyertai ekspedisi untuk kali ini..tambah lg 2 ahli baru iaitu Ise dan Amin..dan tidak lupa jg tambah seorang lagi ahli baru..dia ni kira spesel la..kelas VIP..iaitu Ikram Karem Elkarem..hahahha..ada gak geng2 y menangis tak dapat ikut serta..hehehhe...apa yang aku suka kat Kelong Bagan Lalang ni ialah pemandangan yang sangat cantik pada waktu Subuh...Matahari Terbit..macam kat Jepun lak..hahahaha...dan buat julung2 kalinya aku tido awal sbb tak dapat nak memancing disebabkan ramai pemancing tegar lain datang jgk..takde tempat..penuh...huhuhu...Ekspedisi kali ni jgk merupakan ekspedisi y sgt menguji Iman setiap ahli..macam 1st trip Pulau Ketam dulu..sesat kat Kg Cina dan terpijak tahi anjing..hahhaha...untuk trip kali ni, kami bertolak pulang pada pukul 5.30pm tapi sampai ke UKM hampir pukul 12 malam...tayar motor zam pancit kat tempat dan waktu y tak sepatutnya.macam tuan dia la..mudah pancit..hahaha...di sini sekali lg semangat kerjasama antara ahli diuji..apa y aku harapkan, Team Joran UKM akan tetap bersatu selamanya..."all for one, one for all".

















_posted by Zed neutron_

Journey To The Center of The Ocean - Kuala Lukut

Ekpedisi Team Joran Ukm kali ini agak best jgk kerana ada 2 orang pemancing beginner iaitu Ong dan Ethmadi...dan apa yang tak best ialah tak dapat ikan y besar dan ramai ahli tak dapat ikut kerana sbb2 tertentu..misi untuk menangkap kerapu n siakap tak tercapai mgkin kerana masa yang kami pergi tak kena pada ms y sesuai iaitu jgn pergi pada awal,tengah dan akhir bulan Islam.maklum la..semua masih belajar lagi..kdg2 clash ngan kuliah...n bergantung pada nasib la jgk..hahahha..huuh..tensen sunggoh tgk 2 ekor ikan siakap sebesar dulang n ikan alu-alu sebesar peha duk main bawah kaki!!mcm2 umpan gn tapi tak sgkut..!!kalaulah aku bw serampang masa tu mesti kne punya...hehehehe..so, utk post kali ni, aku tak letak lah gambar ikan2 yg tak brapa besar...Walaubagaimanapun, pemandangan kat kelong kuala lukut ni sungguh cantik terutama apabila matahari nak terbenam..pergghh!!!kalu amik gambar kawin kat sini cantik gak..suh anip y amik sbb dia y akan kawin dlu...hahahha..apapun, walaupun tak dapat ikan aku tak mengeluh sbenarnya...aku anggap trip kali ni trip jalan2 ke tengah laut y bez n y paling menggembirakan aku ialah Ong dan Ethmadi join kami kali ini..pengalaman baru buat mereka berdua...














_Posted By zed neuron gone fishin'_