Together As One-Professional Hobbies-Together As One

PROFESIONALISME BERMULA DI SINI

My photo
Malaysia
Team ini ditubuhkan oleh gabungan beberapa mahasiswa UKM bersama beberapa mahasiswa IPT lain yang mempunyai minat dan hobi memancing yang kritikal. Pelbagai aktiviti & program memancing telah berjaya dilaksanakan. Visi & Misi Team Joran UKM ialah akan terus merancang pelbagai program memancing & aktiviti-aktiviti lain seperti camping, traveling, jungle trekking & off road ke seluruh pelosok negeri mahupun dunia walaupun tidak lagi bergelar mahasiswa...InsyaAllah!!! ~... The creation of T.J.U.K.M serves as a powerful symbol of unity in a UKM & others IPT still struggling - alumni UKM ...~

Followers

Wednesday, September 9, 2009

Gonde & Ikan Sungai

kali ni zed uploadkan gambar zed menyiang ikan2 n cara2 nak menguruskan "Gonde" sejenis siput besar..Gonde dalam cerita orang tua2 sebenarnya berasal setelah seorang puteri yang disumpah oleh keluarganya sebab berkahwin dengan org kebanyakan..dan disebabkan inilah ada yang dilarang makan Gonde..Ini zed takleh nak katalah samaada betul atau dongeng semata-mata..hehehe...tapi zed yakin ramai yang tak pernah makan sbb tak tau macamana cara nak menguruskannya..malah ada kawan2 zed yang tak pernah tgk..hehehe..Khasiat Gonde ialah ubat penyakit lutut(Gaut) dan ianya lebih berkesan jika dilayur di atas api dan diletakkan semula bersama cengkerangnya...


ini lah dia Gonde...macam siput sedut tapi lebih besar..ada yang lebih besar daripada genggaman tangan..

ni pulak ikan Baung...sedap dibuat asam pedas..hehhee

macam2 jenis ikan sungai hasil memukat..

banyak lagi yang nak kne buang perut.ni baru sekor..huhuhu..

mula2 kne keluarkan isi kat dalam cengkerang dlu..kalu siput sedut hanya perlu potong bhgan belakang je..

ni lah isi Gonde kat bahagian dalam cengkerang..

lepas tu kne buang tahi Gonde..Tahi dia ni membuatkan tangan berasa sedikit kebas..mgkin sbb batang keladi y Gonde makan..hehhe..tp yang tersangat penting, kne buang periuk beracun..bahagian ni kalu tak buang boleh membahayakan kesihatan.hehehe.Kalau ditumbuk n diberi makan pd itik, kompom mati la itik tu..hehhe

pastu potong la kecik2...

Gonde yang telah siap dibuat Sup..sangat sedap..hehehe

yg ni pulak Gonde yang telah siap digoreng...yang ni lagi sedap..hahaha

_Posted By Zed Neutron_

No comments:

Post a Comment