
Gambar ni Zed uploadkan utk mengenangkan kembali Team Joran UKM masa Zed Belajar kat UKM dulu..sebenarnya ada beberapa aktiviti pada bulan September ni Zed belum uploadkan lagi. Antaranya gambar Zed menyiang Belut, Zed menguruskan Gonde (Siput Besar) dan Karen Ikan (Renjatan Elektrik menggunakan bateri motosikal membuatkan ikan pening2 dalam masa beberapa saat saja). Kalau guna yg enjin generator tuh boleh menyebabkan ikan pupus sbb kuasanya lebih tinggi.
Ada gak aktiviti yang telah dirancang pada bulan September seperti pergi ke laut pada hujung minggu ini. Ni kali pertama Zed ke laut pada bulan puasa..Semestinya satu ekspedisi yg agak mencabar sbb matahari mmg duk atas kepala..ditambah lagi ngan alunan ombak yang tak menentu..hehehe...Selepas tu dekat 2 hari nak raya ni skali lagi kami akan ke laut untuk menangkap udang dan ketam di kuala Besut..dan agenda yg terakhir dalam perancangan setakat ini kami akan bermalam di laut pada Hari Raya ke-4. Target kami dalam trip kali ni ialah ikan2 yg lebih berkualiti berbanding hari2 lain...Wallahua'lam Bi al-Shawab
_Posted by Zed Neutron_
No comments:
Post a Comment