Together As One-Professional Hobbies-Together As One
PROFESIONALISME BERMULA DI SINI
- Team Joran UKM
- Malaysia
- Team ini ditubuhkan oleh gabungan beberapa mahasiswa UKM bersama beberapa mahasiswa IPT lain yang mempunyai minat dan hobi memancing yang kritikal. Pelbagai aktiviti & program memancing telah berjaya dilaksanakan. Visi & Misi Team Joran UKM ialah akan terus merancang pelbagai program memancing & aktiviti-aktiviti lain seperti camping, traveling, jungle trekking & off road ke seluruh pelosok negeri mahupun dunia walaupun tidak lagi bergelar mahasiswa...InsyaAllah!!! ~... The creation of T.J.U.K.M serves as a powerful symbol of unity in a UKM & others IPT still struggling - alumni UKM ...~
Followers
Saturday, September 26, 2009
Beraya Kat Laut - Perairan Tok Bali & Pulau Perhentian
Wednesday, September 9, 2009
Tragedi Belut Berdarah
Macam yang zed janji sebelum ni, Zed telah uploadkan gambar step2 nak menguruskan Belut.heeee
Antara belut-belut yang akan menjadi mangsa.hehehe
kasi potong dia punya kapala...hehehe...Bismillah.Pastu lapah n buang perut lah...


darah belut ni banyak...patutlah org yang pelihara lintah gunakan belut sebagai makanan utk lintah diorang.
pastu tibalah masa mengelar belut-belut ni...
haaa...cantik kan??hehehe
pastu potong la pendek2...
maaf sbb zed tak amik gambar belut yang telah siap...Zed suka makan belut yang telah digoreng...kalu dibuat sup pun sgt sedap...hehehe_Posted By Zed Neutron_
Gonde & Ikan Sungai
kali ni zed uploadkan gambar zed menyiang ikan2 n cara2 nak menguruskan "Gonde" sejenis siput besar..Gonde dalam cerita orang tua2 sebenarnya berasal setelah seorang puteri yang disumpah oleh keluarganya sebab berkahwin dengan org kebanyakan..dan disebabkan inilah ada yang dilarang makan Gonde..Ini zed takleh nak katalah samaada betul atau dongeng semata-mata..hehehe...tapi zed yakin ramai yang tak pernah makan sbb tak tau macamana cara nak menguruskannya..malah ada kawan2 zed yang tak pernah tgk..hehehe..Khasiat Gonde ialah ubat penyakit lutut(Gaut) dan ianya lebih berkesan jika dilayur di atas api dan diletakkan semula bersama cengkerangnya...
ini lah dia Gonde...macam siput sedut tapi lebih besar..ada yang lebih besar daripada genggaman tangan..
ni pulak ikan Baung...sedap dibuat asam pedas..hehhee
macam2 jenis ikan sungai hasil memukat..
banyak lagi yang nak kne buang perut.ni baru sekor..huhuhu..
mula2 kne keluarkan isi kat dalam cengkerang dlu..kalu siput sedut hanya perlu potong bhgan belakang je..
ni lah isi Gonde kat bahagian dalam cengkerang..
lepas tu kne buang tahi Gonde..Tahi dia ni membuatkan tangan berasa sedikit kebas..mgkin sbb batang keladi y Gonde makan..hehhe..tp yang tersangat penting, kne buang periuk beracun..bahagian ni kalu tak buang boleh membahayakan kesihatan.hehehe.Kalau ditumbuk n diberi makan pd itik, kompom mati la itik tu..hehhe
pastu potong la kecik2...
Gonde yang telah siap dibuat Sup..sangat sedap..hehehe
yg ni pulak Gonde yang telah siap digoreng...yang ni lagi sedap..hahaha_Posted By Zed Neutron_
Mandi di Hutan Lipur Bukit Bakar
Gambar ni diambil sebelum masuk bulan Ramadhan lagi..Dalam seminggu zed akan bawa adik2 Zed g mandi kat jeram2 yang ada kat Machang ni banyak kali gak la..memang hobi zed berenang dan sambil-sambil tu bolehlah ajar adik2 berenang..pasni kalau nak lepas g mana2 taklah berat hati sgt.
Spupu zed, Mr Chik pom ikut serta.
Bulan Puasa ni takleh la nak mandi mcm ni lg..hehehe..berenang pom kne puasa jgk sebulan..hahaha_Posted by zed neutron_
Monday, September 7, 2009
To The End Of The Ocean, Do You Want A Ride ?

Gambar ni Zed uploadkan utk mengenangkan kembali Team Joran UKM masa Zed Belajar kat UKM dulu..sebenarnya ada beberapa aktiviti pada bulan September ni Zed belum uploadkan lagi. Antaranya gambar Zed menyiang Belut, Zed menguruskan Gonde (Siput Besar) dan Karen Ikan (Renjatan Elektrik menggunakan bateri motosikal membuatkan ikan pening2 dalam masa beberapa saat saja). Kalau guna yg enjin generator tuh boleh menyebabkan ikan pupus sbb kuasanya lebih tinggi.
Ada gak aktiviti yang telah dirancang pada bulan September seperti pergi ke laut pada hujung minggu ini. Ni kali pertama Zed ke laut pada bulan puasa..Semestinya satu ekspedisi yg agak mencabar sbb matahari mmg duk atas kepala..ditambah lagi ngan alunan ombak yang tak menentu..hehehe...Selepas tu dekat 2 hari nak raya ni skali lagi kami akan ke laut untuk menangkap udang dan ketam di kuala Besut..dan agenda yg terakhir dalam perancangan setakat ini kami akan bermalam di laut pada Hari Raya ke-4. Target kami dalam trip kali ni ialah ikan2 yg lebih berkualiti berbanding hari2 lain...Wallahua'lam Bi al-Shawab
_Posted by Zed Neutron_
Sunday, August 23, 2009
T.J.U.K.M Memburu Haruan
T.J.U.K.M di Jambatan Cherang Ruku, Semerak
kali ini zed bersama adik zed, Lias, dan sepupu, mr Chik pegi memancing di Tok Bali dan atas jambatan Cherang Ruku di Semerak...
Zed ngan Lias ngah nunggu ikan tak makan2...huhuhu
sampai malam sekor ikan pun tak dapat..huhuhuhu
ini dia mr Chik masa kat jambatan. boring la tu tak dapat ikan..hahhaha
Lias pun tak dapat ikan..dah puas beralih tempat dah...hehehe
mancing sambil duduk..jap lagi tido la tu...hehehe
huuhhh!!! baik aku tido..hahhahaha..masa kami tgh memancing tu air memang tgh surut dan cetek dan mmg patut kami tak dapat ikan..hehehhesebenarnya sungguh malang nasib kami aritu...ada sekor je ikan yang Lias dapat..tu pun kecik...hahahaha...niat kami nak memancing sampai subuh terbantut disebabkan hari hujan...so kami pun baliklah dgn meredah hujan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



