Together As One-Professional Hobbies-Together As One
PROFESIONALISME BERMULA DI SINI
- Team Joran UKM
- Malaysia
- Team ini ditubuhkan oleh gabungan beberapa mahasiswa UKM bersama beberapa mahasiswa IPT lain yang mempunyai minat dan hobi memancing yang kritikal. Pelbagai aktiviti & program memancing telah berjaya dilaksanakan. Visi & Misi Team Joran UKM ialah akan terus merancang pelbagai program memancing & aktiviti-aktiviti lain seperti camping, traveling, jungle trekking & off road ke seluruh pelosok negeri mahupun dunia walaupun tidak lagi bergelar mahasiswa...InsyaAllah!!! ~... The creation of T.J.U.K.M serves as a powerful symbol of unity in a UKM & others IPT still struggling - alumni UKM ...~
Followers
Wednesday, July 29, 2009
Sunday, July 12, 2009
Dunia Air Masin - Perairan Tok Bali & Pulau Perhentian
Ini lah antara hasil2 Zed pegi memancing dgn 2 pupu Zed yg jgk kaki pancing. kami pergi ke laut pada pukul 4pm dan pulang pada pukul 11am keesokan harinya. sungguh indah pemandangan kat laut waktu mlm..hehehe..trip kali ni disertai oleh Zed, Jini, Awie, Nai'm dan Heyo..Aku respek tul kat Heyo, kali pertama aku tgk org mancing dgn sebelah tgan. Beliau kehilangan tangan tak silap aku sbb kne mesin tuai padi..tp beliau mmg tabah, mcm org biasa je..bw motor, bw eta, main bola dan macam2 lagilah..dalam ni zed lp nak letak gambar Nai'm dan Heyo...hehehe
zed ngan ikan jenahak.
Jinie ngan ikan apa ntah.lupa lak..heeeee (beliau seorang guru kat Johor dan juga bekas pelajar UKM)
Awie ngan ikan Merah. (sekarang engineer kat Johor...adik Jini..aku lp nak letak adik Jini sorang lagi..Naim, beliau jg seorang engineer tp telah bertukar kerjaya sbg seorg guru melalui KPLI)
Zed dengan sotong yg dicandat..
Zed & Awie ngan ikan Kiran...
Ni antara Tukun y kami pegi..ada tanda ngan buluh yang terapung tegak..sbnarnya byk tempat yg tekong bawa berpandukan koordinat yang ditunjukkan oleh GPS.
Tekong Pa' Hamim ngah drive..hehehe
Memancing ni memang menguji ketahanan mental dan fizikal...sbg manusia biasa...perlu gak tidur barang seminit dua...hehehehe..kalo dah tak tahan,tak kisahlah tempat mana...gaya macamana pun...asalkan dapat lelap sekejap pun takpe..sambil2 berharap ikan makan ms tgh tido...Tido seorang pemancing mmg sentiasa dlm keadaan redi dan berjaga-jaga..hahahani zed tambahkan gambar Naim dan Heyo...
_Posted By ZED NEUTRON_
Wednesday, July 8, 2009
u better believe it - Team Joran UKM Go To Bangkok
Sebenarnya trip ke Bangkok ni trip yang lama..saja aku ulpoadkan wat kenangan kami...Trip ni kami pergi sebelum kami melawat Bandung. Cuma Trip kali ni Team Joran UKM yg pegi cuma Zed ngan Hanif jer...trip kat indonesia dlu sume Team Joran UKM ikut serta.

gambar kat bawah ni Zed ngah nyanyi ngan budak2 Multimedia University of Bangkok...tepuk tgn jer...mana tau bahasa diorang..."Sawadikaap" ngan "Kap Kun Kaap" je aku tau sebut..hahahaha

kat bawah ni lak masa Zed ngan Hanif bergambar ngan budak2 Chulalongkorn University.

kat bawah ni pulak masa Zed & hanif bergambar ngan budak2 Thammasat University...kiut2 gak org2 Thai ni..hehehe

dan kat bawah ni pulak gambar Zed & Hanif ngan bdk2 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Posted by Zed Neutron_
Tuesday, July 7, 2009
Happy Ending @ Port Dickson - Team Joran UKM Versus Team Mata Lalat UKM
Pertama sekali Team Joran UKM nak ucap bebanyak time kasih pada Team Mata Lalat UKM atau nama asalnya Team Kaki Jalan UKM atas kejayaan program perpisahan bdk2 Pendidikan Fizik yang diorang anjurkan untuk kami kat PD. Memang Bez Siyot..hehehehe...Kami, Team Joran UKM akan sentiasa berdoa' ke hadrat Ilahi spy korang2 sume (dak2 pompuan pend. fizik) kawin awal-awal..hahahaha
pemandangan yg agak cantik..heeee
on d way nak g tuh tayar kete ong pecah lak...maka dgn jayanya zam gondoyo (entiti berbaju putih)ngan lan nandet (entiti berbaju biru)bersama kotak ice box aku menjadi benteng...kalu kete lain nak langgar..langgar la diorang dulu..hehehehe

macam acara yang Team Mata Lalat UKM wat...antaranya lari ikat kaki, amik gula2 dlm tepung, bawa getah ngan strow, sambut belon air, tarik tali, babi-Q...opss!! barbeque (hehehe)serta makan2 & minum2, tukar2 hadiah, kotak beracun dan wat gaya orang y kita kenal...mmg takleh bernafas la aku gelak..huhuhu

antara pasangan2 paling romantik abad ini..hehehehe



Zed pohon maaf sbb ada gak gambar2 utk sesetengah acara Zed tak uploadkan..huhulepas tu kami pom balik la...tapi sblum balik, kami g wat repot polis dulu sbb brg2 y aku ltak kat tempat persembunyian aku kne curik dek otai2 kat situ....huhuhu
TQ kat sume kawan2 yg tolong aritu...dan TQ gak untuk En.& Pn. Polis yg tolong aku..hehehe..."Jasamu Dikenang".
ni zed tambahkan beberapa gambar untuk tatapan semua...


_Posted by Zed Neutron luv u all_
Sunday, July 5, 2009
My New Ex Stories - 3rd trip Pulau Ketam
_posted by zed neutron_
Wednesday, June 17, 2009
All for One, One For All - Team Joran UKM

Memandangkankan banyak gambar ikan dan trip memancing y latest tak dapat aku letakkan sbb ada dalam henset sepupu aku..so aku letaklah gambar trip TEAM JORAN UKM pegi memancing kat Tanjung Harapan dulu...hehehe..imbas kembali kenangan pertama Team Joran ini ditubuhkan..Teringat saat2 waktu masih belajar di UKM...jgn lupa 24 hb ni tgk wyg Transformers sama2..hehehe
Monday, June 15, 2009
Berhenti Di Akhir Kau Tersenyum - off topic

Hari ni tepat jam 12 malam 16 June 2009, genaplah umur aku 24 tahun... Aku pohon maaf kpd sesetengah kawan dan kepada adik2 aku sendiri kerana tak membalas ucapan besday y diorang hantar melalui sms...masih ramai lg kawan2 yang ingat besday aku termasuklah dgn kawan2 sejak dr bangku sekolah lagi...
Dalam lubuk hati aku ni sebenarnya sangat sedih bila 16 Jun semakin dekat.Setiap tahun pun macam tu....Bila terdengar bulan "Jun" pun aku cuba fikir jauh2...
Tarikh ni sebenarnya mengingatkan aku pada Arwah Kekasih aku...Allahyarhamah Noramira Bte Zainudin...Buat pengetahuan semua, 16 jun 1985 merupakan tarikh aku dilahirkan bersamaan 27 Ramadhan 1406 H dan tarikh Arwah meninggal pada Bulan Islam juga jatuh pada 27 Ramadhan 1427 H bersamaan 20 Oktober 2006 iaitu pada pagi Jumaat...Arwah menghidap penyakit Leukimia dan menderita selama setahun lebih sebelum pergi untuk selama-lamanya semasa menjalani rawatan kemoterapi. (al-Fatihah)
kalau difikirkan angka 27 ni pun ada byk kaitannya...contohnya 27 Disember 2002 ni kami start couple dulu. Dulu aku slalu lupa tarikh ni tp sejak Arwah pegi membuatkan aku lebih Peka dalam soal2 tarikh ni..huhuhu
Mungkin sesetengah orang berpendapat ini mungkin NASIB atau terjadi secara tak sengaja tapi ada sesetengah tarikh sgt memberi kesan yang mendalam dalam hidup aku terutamanya antara aku dan Arwah...Mungkin ini penyebabnya sehingga sekarang, sangat sukar untuk aku melupakan Arwah walaupun aku sudahpun Redha dgn pemergiannya.
Arwah dilahirkan pada 17 Januari 1987 dan pada 17 Januari 1993 ialah tarikh lahir adik perempuan aku.
Arwah meninggal dunia pada 20 Oktober 2006 dan 20 Oktober 1989 ialah tarikh lahir adik perempuan aku...
Setiap kali bila tiba tarikh2 ni hati aku sebenarnya dalam dilema....Hanya Allah SWT shj yg tahu macamana gambaran perasan aku.
Setiap tahun bila hampir tiba jer tarikh 16 Jun, aku pasti lebih berhati2...dan aku turut membuat solat sunat pohon dijauhkan drpd bencana yang sukar untuk aku hadapi seperti kehilangan orang tersayang.

Dan seperti tahun2 lepas aku masih terkena tempiasnya. pagi tadi motor aku yg terkenal dgn sifat tak pernah menyusahkan tuannya buat hal di saat hari pertama aku nak laporkan diri bekerja kat Jabatan Perdana Menteri. Nasib baik ada motor kawan yang tinggal kunci dalam bilik. Nak dijadikan cerita kat JPM tu zip seluar aku rosak dan tertanggal habis. Aku pun taktau padahal aku tarik macam biasa jer...huhuhu..nasib baik jgk lah ada pakcik tu bg jarum pin kat aku...terpaksa aku balik ke UKM tukar seluar...Sebenarnya ada lg tiga perkara malang terjadi kat aku arini tp segan lak aku nak cerita kat sini.
Walaubagaimanapun semua dugaan tu aku hadapi dengan bersahaja kerana aku tetap yakin sesiapa yang bersabar pasti akan ditambahkan Nikmat oleh Allah SWT...mungkin aku sudah terbiasa..Setiap kali musibah menimpa, aku pasti teringat kata2 Arwah.."Mesti Ada Hikmah Disebaliknya"... Dan beberapa kawanku pelik dan hairan dgn sikapku yg bersahaja ketika dompet, henset dan seluarku dicuri semasa trip di Port Dickson baru2 ni..sememangnya aku boleh terima kehilangan tp cuma satu jer brg aku paling syg dalam wallet tu...Gambar pemberian Arwah turut dikebas pencuri tu..tp aku tetap merasakan ada Hikmah juga yg mungkin belum aku nampak lg pada masa sekarang.

Pada mulanya setelah pemergian Arwah, aku kehilangan punca, kehilangan impian dan kehilangan segala2nya. Dan jika diceritakan konflik yg berlaku dalam diri ini mmg boleh menitiskan air mata aku.Sebenarnya sgt byk peristiwa yang terjadi dalam waktu tu hingga kalau difikirkan mmg tak masuk akal tp biarlah aku simpan..Selama 2 tahun aku hidup dalam terkapai2 dan takde hala tuju namun dgn Hidayah Allah SWT kini aku semakin bersemangat. Mungkin itu hikmah yang selama 2 tahun aku mencari2.Setiap masalah yang datang aku tak menggelabah..bagi aku..jika kehilangan Arwah aku boleh hadapi, masalah yg kecil ni senang jer aku uruskan..itulah penguat semangat aku.

Walaubagaimanapun, tanggal 16 Jun mmg banyak mengingatkan kenangan aku bersama Arwah waktu dulu...sbb itulah aku lebih bersikap tidak ambil tahu bila tiba tarikh ni...aku ucapkan berbanyak terima kasih pada org yang ingat tarikh ni..
Semoga Allah SWT meletakkan Arwah dan mereka yg pergi sebelum kita dikalangan golongan org2 yg Beriman...Amiin!!!
_posted by zed neutron_
Subscribe to:
Posts (Atom)
